Tuesday, 17 May 2011

PENGIRAAN ZAKAT EMAS

Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

2. Zakat emas yang dipakai.

1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram (harga semasa) dan telah menyimpannya selama setahun.

Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000  = RM400

2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf. Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)

Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram

Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:

= 250 gram – 150 gram (uruf)

= 100gram

Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)

= 2.5% x (100 gram x RM157.00)

= RM392.00

PENGIRAAN ZAKAT PERAK

Pengiraan zakat perak.
Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50

FAKTOR MENINGKATKAN HARGA EMAS

Harga emas telah meningkat sebanyak EMPAT KALI GANDA semenjak tahun 2000, tapi ini hanyalah permulaan kepada peningkatan MELAMPAU emas.

7 KUASA BESAR akan menolak emas sehingga mencapai harga $1,900

1.PENGELUARAN EMAS TAHUNAN BERKURANG

Pengeluaran emas telah menurun sebanyak 9.1% sejak tahun 2001.Memikirkan harga emas telah meningkat empat ganda semenjak itu, kenapa emas tidak lebih banyak dihasilkan? Jawapannya mudah. Sumbersemakin kurang dan kualiti semakin menurun.
Dan apabila penemuan emas berlaku, ianya mengambil 7-10 tahun untuk mendapatkan lesen untuk menggali  – menyebabkan kesukaran untuk meningkatkan pengeluaran emas secepat mungkin.
China dikatakan akan kehabisan emas pada tahun 2014 dan apabila itu berlaku… harga emas akan panik dan naik mendadak! (more…)

Perbandingan DUIT vs EMAS

Kawal EMOSI dalam pelaburan!!!

OK, saya nak share tentang kawalan emosi semasa kita melabur. kawalan emosi adalah sangat penting…seperti yang pernah dikatakan olen Warran Buffet ” if you cannot control your emotions, you cannot control your money”. Awal minggu ini ramai yang telah membuat lock emas dan perak disebabkan penurunan harga comodities ini disebabkan oleh geopolitical issue (kematian Osama bin Laden) khususnya. Di dalam tabloid Wallstreet Journal sepanjang minggu ini sibuk memperkatakan tentang isu tersebut dan kesannya yang hanya melonjakkan US dollar untuk sementara waktu.
Dan semalam, harga comodities terus turun, dan banyak yang berkata RUGI kerana membuat belian di awal minggu. Jangan lah kita merasa rugi. Setiap pelaburan itu pastinya ada untung dan rugi. Jangan kita menilai dalam jangkawaktu yang pendek kita telah rugi. Kita hanya rugi dari segi jumlah pembelian, tetapi kita masih belum rugi kerana kita telah selamatkan duit kita dari dimakan inflasi. Janganlah baru 4 hari kita membeli emas dan perak, dan harganya turun dalam jangkamasa 4 hari ini dikatakan rugi, ini adalah persepsi yang salah.
Flactuation on price tetap akan berlaku, mana ada satu pun pelaburan di dalam dunia ini yang hanya menunjukkan kenaikan sahaja, MUSTAHIL!! Comodities sangat sensitif dengan isu2 semasa, lantaran pemahaman tentang perkembangan isu semasa adalah sangat penting. Janganlah kita merasa rugi, disebabkan kejatuhan harga dalam jangkawaktu yang pendek. Insyallah dengan impak dari isu semasa yang melanda dunia ini hanyalah bersifat sementara. Jika kita sudah membeli pada harga yang tinggi, sekiranya ada modal lagi kita beli lagi di waktu rendah…amalkan dollar cost averaging. Ini akan mengurangkan harga tinggi yang anda beli sebelum ini.
Kepada anda yang masih belum melabur dalam emas dan perak, anda adalah orang yang boleh dikatakan sebagai RUGI!selak surat khabar minggu lepas, cari berapakah peratusan inflasi dalam suku tahun pertama. Wang kertas anda akan dihakis oleh inflasi sekiranya anda tidak tukarkan dengan emas dan perak. Bak kata orang putih “when inflation occurs, gold prevails”….
Kepada yang nak mula menceburkan diri dalam pelaburan emas dan perak, masih belum terlambat untuk mula. Better be late than nothing. Hubungi saya jika anda berminat!!!